• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Boleh Beri Bantuan Bila-Bila Masa – Muhyiddin

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Kerajaan berhak untuk memberi bantuan kepada rakyat pada bila-bila masa, termasuk bantuan wang RM1,000 kepada nelayan di kawasan Parlimen Tanjung Piai, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri berkata, langkah itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri sementara badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 pula hendaklah menyandarkan kritikan mereka kepada fakta.

“Sebagai kerajaan tidak ada masalah. Calon Barisan Nasional (BN) berkata, kalau menang nak hantar pergi umrah. Itu pun ada unsur rasuah.

“Bersih kena ada fakta. Tiada yang sempurna,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di sini, hari ini.

Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal berkata, seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan, termasuk 544 orang di Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan diberikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

Berikutan itu, badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 menyuarakan kekecewaaan terhadap parti kerajaan yang menurutnya menyalahgunakan sumber kerajaan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

Jawatankuasa pemandu badan itu dalam kenyataan berkata, perbuatan memancing undi dengan wang pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya jelas tidak beretika.

“Percubaan memancing undi nelayan tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada, tetapi ia jelas sekali tidak beretika untuk parti politik menggunakan duit pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya,” katanya hari ini.

Menurut Bersih 2.0 lagi, sebarang peruntukan atau bantuan perlu diberi selepas PRK tamat bagi memastikan kesemua parti bertanding secara adil.

Muhyiddin berkata, sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan memberikan bantuan itu mereka boleh mencabarnya di mahkamah.

“Dia nak bantu dia bantulah. Adakah ia rasuah? Tak rasuah. Orang sakit kena tolong beri bantuan.

“Takkan kerajaan nak biar kalau ada orang nak mati perlukan ubat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan hari ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan pendirian tegas melarang rancangan kerajaan Johor memberi bantuan khas kepada nelayan di Tanjung Piai minggu depan.

Bercakap di Parlimen hari ini, beliau berkata, ia selaras dengan peratuan yang ditetapkan oleh SPR sebelum ini yang melarang sebarang pemberian sumbangan kepada pengundi ketika kempen pilihan raya.

“Saya mohon supaya SPR berlaku adil dan perlu tegas dalam melaksanakan peraturan pilihan raya dan hendaklah membuat kenyataan bahawa program seumpama itu tidak patut dilakukan ketika tempoh kempen,” katanya.

PRK Tanjung Piai 16 November depan menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon BN, Wee Jeck Seng dengan calon PH Karmaine Sardini, Wendy Subramaniam (Gerakan), Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar. – FMT

Tags: BERSATUpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantu Rakyat, Bukan Komplot Jatuhkan Presiden

Bantu Rakyat, Bukan Komplot Jatuhkan Presiden

28/10/2025
0

BANTU RAKYAT, BUKAN KOMPLOT JATUHKAN PRESIDEN KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER — Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan bahawa...

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd