Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018 Bukan Hanya...

BAGAN DATUK - Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Zara Zya Kecewa Wujud...

SEBELUM ini pelakon, Zara Zya teruk dikecam ekoran penampilan baharu yang berambut perang...

Ahmad Bashah Hanya Jalani...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berada...

Realiti Anak Seni, Aman...

ISU terima gambar lucah daripada peminat bukanlah satu perkara yang baharu dalam kalangan...

Kalau Bermasalah, Kenapa Guan Eng Tak Jual Aset 1MDB – Asyraf

PEKAN NANAS – Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak menjual semua aset atau harta 1MDB, di sebalik dakwaannya bahawa syarikat itu bermasalah.

Beliau berkata ini kerana nilai tanah di Tun Razak Exchange (TRX), sebuah daerah kewangan baru yang dimulakan oleh dana 1MDB kini bernilai RM40 bilion.

“Yang itu dia tak sebut dalam ceramah dia (Guan Eng). Ceramah dia di sini (Tanjung Piai), dia hanya kata 1MDB adalah perosak kepada negara kerana menyebabkan negara berhutang.

“Padahal hutang 1MDB, tidak dikira dengan aset yang lebih tinggi nilainya berbanding hutang,” katanya ketika berucap dalam ceramah pemuda muafakat nasional, malam tadi.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin; Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong dan Ketua Pemuda MIC, R Thinalan.

Pada 19 April lalu, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia ditangguhkan secara tiba-tiba pada Mei 2017.

Bandar Malaysia dibangunkan pemaju induknya, TRX City Sdn. Bhd., milik penuh Kementerian Kewangan. Sebelum ini ia dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn. Bhd., anak syarikat 1MDB.

Disebabkan 1MDB dibebani hutang berjumlah RM42 bilion, syarikat itu membuat keputusan melupuskan 60% ekuiti dalam projek Bandar Malaysia.


Pada 20 Oktober lalu, menara TRC dilaporkan bersedia menerima penyewa mulai Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Asyraf berkata Pakatan Harapan (PH) hari ini tidak ada modal untuk diperbualkan kerana ia lupa rakyat tidak selamanya boleh ditipu.

“Dia boleh pergi sana, selepas dia buat fitnah macam-macam, dia kata tanah TRX adalah hartanah paling bernilai dalam negara hari ini.

“Dia kata hartanahnya bernilai RM40 bilion hari ini dan kalau siap, Gross Development Value (GDV), anggaran bila siap sahaja TRX ini, nilainya akan melonjak kepada RM140 bilion,” katanya.

Asyraf berkata tidak cukup ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14), PH masih memainkan isu 1MDB di PRK Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan kini di Tanjung Piai.

“Saya tengok kerajaan ini, mereka jadi kerajaan macam pembangkang. Ingat, masa jadi pembangkang hentam macam-macam, bila dia jadi kerajaan kita hentam dia, rupanya tisu koyak,” katanya. – FMT

Kategori