• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar IPG Kekal RM2.50 Sekilogram

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Paras harga Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kekal RM2.50 sekilogram, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut beliau, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga tersebut yang dilihat bakal memberi implikasi terhadap kewangan negara.

“Setakat ini kalau kerajaan hendak menaikkan kepada RM3, akan ada implikasi kewangan yang agak signifikan. Buat masa ini kita masih lagi bertahan pada RM2.50 sekilogram untuk IPG.

“Kalau dahulu RM2.20 sekilogram, dah naik 30 sen, jadi saya fikir ia satu perkembangan yang baik kepada rakyat terutama kepada pekebun kecil,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) mengenai keperluan kementerian itu untuk menyemak semula harga IPG daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3 yang dilihat mampu membantu golongan penoreh getah.

Bermula Januari tahun ini, kerajaan telah menambah baik IPG dengan menaikkan Paras Harga Pengaktifan daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram bagi getah sekerap.

Dalam perkembangan lain, Shamsul berkata kementeriannya kini dalam tempoh percubaan untuk menguji sistem dalam talian berkaitan tuntutan IPG oleh penoreh getah.

Sistem itu sedang dilaksanakan di tujuh negeri dan kira-kira 24,000 pekebun kecil telah mendapat manfaat menerusi tuntutan dalam talian itu, katanya.

“Sekarang kita sedang buat ujian percubaan untuk pembayaran IPG dalam talian. Namanya belum dikemas kini tetapi kita telah namakannya sebagai ‘e-rubber’.

“Kami beri jaminan sekiranya sistem ini berjalan lancar, kita akan laksanakannya di seluruh negara. Ia akan memberi kesan terus kepada pemilik dan pengusaha getah,” katanya.

Pada masa kini, penoreh getah dan pekebun kecil perlu mengisi borang tuntutan IPG dan Ketua Kampung atau pelesen peraih getah akan menghantar borang tersebut ke pejabat Lembaga Getah Malaysia yang berdekatan untuk kelulusan.

Tags: Insentif Pengeluaran GetahIPG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wang Zakat ‘Harus’ Diberi Bukan Islam Di Sabah – Mufti

Next Post

Jemaah Menteri Bakal Putuskan Ratifikasi CPTPP

Related Posts

Kerajaan Beri Layanan Berbeza Isu Bantuan eBelia Rahmah pelajar – Syed Saddiq

Kerajaan Beri Layanan Berbeza Isu Bantuan eBelia Rahmah pelajar – Syed Saddiq

02/07/2023
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan memberi layan berbeza kepada sebahagian pelajar...

Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram

Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram

06/03/2023
0

Kuala Lumpur : Kerajaan bersetuju menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 satu kilogram (kg)...

Next Post

Jemaah Menteri Bakal Putuskan Ratifikasi CPTPP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd