• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Didakwa Bedah Wajah Menyerupai Beruang – KPN

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho Low termasuk mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah menyerupai beruang.

Memetik laporan portal berita, Abdul Hamid memaklumkan antara alasan diberikan pihak berkuasa itu termasuk kononnya Jho Low sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan wajah.

“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Abdul Hamid mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis, mengenai ahli perniagaan itu di negara terbabit selain didakwa turut memiliki pasport negara kepulauan di Mediterranean itu selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Jho Low didakwa mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners bagi tujuan itu dipercayai untuk mengelak pergerakannya dikesan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Beliau berkata, pihak berkuasa negara terbabit mendakwa sukar mengesan Jho Low atas alasan sudah mengubah wajahnya.

“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya.

Pada Mei lalu, Abdul Hamid memberitahu media, polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang gagal dikesan sejak 2015.

Dakwaan terbaharu ini muncul hanya beberapa hari setelah tersebar berita tentang laporan bahawa Jho Low ditawarkan suaka di Emiriah Arab bersatu (UAE) dan dikatakan kerap berulang alik di antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid memaklumkan dakwaan tersebut tidak logik dan mustahil memandangkan Jho Low dikehendaki di beberapa negara.

Abdul Hamid juga memaklumkan pihaknya akan membawa balik Jho Low yang terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) telah disalahgunakan daripada 1MDB.

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.

Tags: 1MDBAbdul Hamid BadorBERUANGCyprusJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd