• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Petrol RON97 Naik 13 Sen Seliter

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter daripada RM2.57 seliter kepada RM2.70 seliter bagi tempoh 16 November sehingga 22 November 2019 manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.25 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.27 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.28 seliter.

“Namun begitu, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Tambah Kementerian Kewangan, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 16 November 2019 sehingga 22 November 2019 adalah berjumlah RM120.58 juta.

Tags: Dieselharga petrolRON95RON97
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd