• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana RM20 Juta Tiada Kaitan ‘Super Drone’ Dibangunkan Aerodyne

oleh
29/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berkata, peruntukan RM20 juta yang disediakan oleh MIGHT (Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi) tiada kaitan dengan pembangunan projek dron dan kereta terbang atau “super drone” (mobiliti udara) yang dibangunkan oleh Aerodyne Group.

Dalam satu kenyataan malam tadi MED memaklumkan peruntukan dana itu adalah bagi membangunkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan Projek Kereta Nasional Baru (NNCP) dengan DreamEdge dan MIGHT dilantik sebagai peneraju NNCP.

Kementerian itu turut menjelaskan ia tidak mempunyai peruntukan dan kuasa untuk meluluskan dana bagi tujuan pelaburan dalam sebarang projek dron.

“Projek ini (super drone) diterajui oleh sektor swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tempatan. Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

“Oleh itu, ia tidak dibawa ke peringkat MPN (Majlis Pembangunan Negara) atau mesyuarat Jemaah Menteri kerana tidak memerlukan sebarang keputusan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, tiada keperluan untuknya menjalankan audit kewangan dan harta intelek ke atas syarikat Aerodyne Group yang melaksanakan projek “super drone” kerana ia bukan merupakan perolehan kerajaan.

“Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kementerian dan kementerian tidak akan menanggung sebarang kerugian sekiranya projek ini tidak berjalan seperti yang dirancang.

“MED mengambil maklum rumusan dan cadangan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) berkaitan dengan mobiliti udara. Pihak kementerian sedang menyediakan maklum balas yang lengkap.

“Maklumat yang dikemukakan oleh kementerian ini adalah berdasarkan maklumat yang berada dalam kementerian. Maklumat tindakan agensi lain akan dilihat kembali oleh kementerian,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, PAC dalam laporannya mengenai projek “super drone” yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, dan turut dimuat naik di laman web PAC, menyatakan Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof membuat pengumuman terlalu awal mengenai projek tersebut.

Menurut laporan berkenaan, PAC juga mendapati MIGHT melalui VentureTech Sdn. Bhd. (VTSB) meluluskan pelaburan dalam Aerodyne sebanyak RM20 juta yang disalurkan pada 1 November lepas.

PAC juga meminta Jabatan Audit Negara (JAN) supaya membuat pengauditan terhadap pelaburan RM20 juta itu.

Tags: Aerodynekereta terbangmedMIGHTNNCPsuper drone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banyak Perkara Dalam Wawasan 2020 Dicapai – Mahathir

06/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya apa yang...

Ambil Anak Di Taska Naik Kereta Terbang

03/01/2020
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan dia mengambil anak di taska menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd