• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Penggunaan Ruang Udara Akan Dikaji Semula – Loke

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) perlu mengkaji semula semua caj dan fi semasanya, termasuk caj penggunaan ruang udara, bagi meningkatkan pendapatannya dan bebas dari segi kewangan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata caj penggunaan ruang udara semasa adalah rendah dan tidak dikaji semula sejak 2006.

“Satu daripada sumber pendapatan utama bagi mana-mana pihak berkuasa penerbangan di dunia ini ialah caj penggunaan ruang udara.

“Syarikat penerbangan yang menggunakan ruang udara kita perlu membayar caj penerbangan navigasi udara. Jadi kita melihat ini sebagai sumber pendapatan,” kata Loke pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ini adalah satu daripada saranan langkah pemulihan berikutan tindakan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penyenaraian CAAM kepada Kategori 2 minggu lepas.

“Semakan semula caj penggunaan ruang udara berpotensi meningkatkan pendapatan CAAM, akan membantu kita menangani isu yang dibangkitkan oleh FAA, memandangkan isu yang dibangkitkan mereka termasuk kita tidak membayar pegawai pemeriksa secukupnya,” katanya.

Loke berkata CAAM kini beroperasi dengan peruntukkan belanjawan sebanyak RM350 juta dan pendapatan kira-kira RM120 juta setahun.

Beliau berkata CAAM perlu meningkatkan pendapatanya memandangkan FAA mendapati pakej imbuhan Malaysia tidak cukup menarik untuk menarik dan mengekalkan pekerja penerbangan.

Katanya ini disebabkan CAAM bergantung kepada dana kerajaan, yang bermakna skim bayaran adalah sama dengan skala gaji penjawat awam.

Walaupun CAAM telah dikorporatkan tahun lepas, namun ia tidak bebas dari segi kewangan, katanya.

Loke berkata kerajaan perlu memberikan notis kepada syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa berkaitan mengenai kenaikan caj pengendalian penerbangan udara tidak lama lagi.

Maklumat lanjut mengenai peningkatan kos dan caj akan dimaklumkan pada sidang media yang akan diadakan bulan depan.

Tags: Anthony LokeCAAMcaj penggunaan ruang udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd