• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAAM Bertanggungjawab Peristiwa Memalukan Negara – Kadir

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus bertanggungjawab berikutan penilaian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penarafan Malaysia.

Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, menegaskan Kementerian Pengangkutan juga perlu memikul tanggungjawab di atas peristiwa yang memalukan itu.

Katanya, kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai tamparan kepada negara, terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

“Walaupun ketika ini hanya satu penerbangan Malaysia berdaftar iaitu AirAsia X ke Hawaii, Amerika Syarikat, penurunan penarafan ini memberi kesan negatif kepada seluruh industri penerbangan negara.

“Saya fikir beliau (Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar) dan pengurusan tertinggi CAAM perlu bertanggungjawab di atas perkara yang memalukan ini. Saya berharap kerajaan segera bertindak dan mengembalikan keyakinan (industri penerbangan negara),” katanya menerusi status di muat naik di laman Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan CAAM yang menafikan peletakan jawatan Ahmad Nizar disebabkan penilaian dilakukan oleh FAA.

Sebaliknya, Anggota CAAM, Ragunath Kesavan pada sidang media semalam menjelaskan Ahmad Nizar membuat keputusan itu pada bulan lalu, sebelum pengumuman penilaian dilakukan oleh FAA.

Mengulas lanjut, A Kadir berkata, seluruh mekanisme kawal selia berkaitan penerbangan perlu diteliti semula.

“Penurunan penarafan ini amat memalukan dan langkah FAA ini menjadi tamparan berganda kepada negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan ketika kerajaan baru saja menjadikan industri penerbangan antara pemacu utama ekonomi negara.

“Kita tidak boleh mempunyai penjawat awam yang terbabit dengan egoisme dan jingoisme,” katanya.

FAA menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia ke Kategori 2 sekali gus melarang syarikat penerbangan negara daripada menambah penerbangan ke Amerika Syarikat.

Berdasarkan peraturan FAA, syarikat penerbangan negara Kategori 2 tidak boleh membuat permohonan laluan atau menambah penerbangan baharu serta tidak dibenarkan membuat ‘code-sharing’ penerbangan. – BH Online

Tags: A Kadir JasinCAAMFAA Amerika SyarikatTMM 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

01/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd