• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Menang PRK, UMNO-PAS Jadi Jurucakap Kaum Melayu

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Barisan Nasional (BN) memberi jaminan gabungan UMNO-PAS bakal menjadi jurucakap sebenar kaum Melayu bagi memperjuangkan kepentingan dan hak istimewa kaum itu berbanding parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai kelak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO dan PAS berjanji tidak akan menjadi seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PH yang diibaratkan seperti ‘hidup segan, mati tidak mahu’ dalam menyuarakan kepentingan kaum Melayu.

Beliau turut mengambil contoh ketiadaan pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai kem penyokong calon PH dari Bersatu, Karmaine Sardini sewaktu hari penamaan calon semalam sebagai bukti parti serpihan UMNO itu kini bersendirian.

“Lihat apabila perarakan penyokong BN pada hari penamaan calon semalam semua kaum ada…tetapi kem PH seorang pemimpin PKR pun tiada.

“Mungkin mereka boikot calon Bersatu (sebab konflik peralihan jawatan Perdana Menteri) parti PKR memang tiada dan senario ini menunjukkan Bersatu bersendirian, seolah-olah ‘hidup segan mati tidak mahu’.

“Sebab itu kita beri jaminan kalau BN menang, UMNO-PAS akan jadi jurucakap sebenar yang lantang untuk perjuangan kepentingan orang Melayu, bukan Bersatu,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah kelompok di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Pekan Nenas Tengah di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menegaskan pemilihan calon MCA pada PRK Tanjung Piai perlu dibuktikan parti itu untuk mendapatkan kembali sokongan kaum cina di samping menyampaikan agenda Muafakat Nasional kepada masyarakat bukan Islam.

Selain itu, beliau menegaskan sepanjang pentadbiran kerajaan BN, BN tidak pernah ekstrem dalam melaksanakan dasar, berbeza dengan PH memperjuangkan konsep kesamarataan sehingga tidak menghormati sejarah dan struktur sosial negara.

“Sebab itu PRK kali ini memberi mesej kepada rakyat bahawa agenda Muafakat Nasional hendak mengembalikan hak istimewa orang Melayu dan negara Islam sebagai teras, tetapi tidak mengenepikan hak bukan Islam.

“Kepada pengundi Parlimen Tanjung Piai, jika anda merasakan kerajaan PH tidak ‘perform’ selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), suarakan protes dengan beri undi kepada BN,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMelayuPRK Tanjung PiaiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd