• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkat Doa Ibu, Safawi Berjaya Harumkan Nama Malaysia

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Skuad Harimau Malaya berjaya membenamkan Garuda 2-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Rembatan kegemaran kaki kiri, Safawi Rasid ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol kemenangan pada minit ke-29 dan 72 yang telah meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dalam kumpulan.

Baru-baru ini, Safawi melalui laman Instagramnya telah memuat naik video memaparkan ibunya bersyukur setelah anaknya itu dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.

Ibunya yang sebak dengan kejayaan Safawi turut mendoakan supaya Safawi dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.

“Alhamdulillah anak ma dapat anugerah yang terbaik…ma bersyukur sangat pada ALLAH…semoga buat yang terbaik insya-ALLAH,” kata ibunya.

Antara reaksi netizen yang mengatakan kemenangan Safawi adalah berkat doa seorang ibu.

Safawi juga dalam video tersebut turut memuat naik posting memberitahu “Bermakna padaku. Terima kasih Ma (ibunya) dan keluargaku,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 238,000 tontonan dan rata-rata netizen mengatakan kemenangan Safawi adalah berkat doa seorang ibu.

“Berkat doa ibumu Pawi mu berjaya mengharumkan nama Malaysia. Air mata itu berkat daripada ALLAH yang memberikan keizinan untukmu berjaya dalam sukan bola sepak. Teruskan usaha mu Pawi,” kata Amri Zul.

Dalam pada itu, Zainah Ramlie menulis “Patutlah dia merupakan pemain Malaysia yang dilihat berpotensi untuk pergi jauh dalam sukan bola sepak. Berkat ibumu Pawi kamu berjaya sehingga ke hari ini.” – Sinar Harian

Tags: bola sepakdoa ibuHarimau MalayaSafawi Rasid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd