• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Pertuduhan LTTE, Mungkin Ada Isu Teknikal – KPN

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran.

Beliau menjelaskan, mungkin ada beberapa isu teknikal yang membuatkan mahkamah menolak kertas pertuduhan terhadap Gunasekaran yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Saya belum dapat lagi alasan mengapa mereka buat demikan, mungkin ada sebab tertentu. Saya tidak terkejut. Ini normal dalam siasatan polis. Saya tidak syaki apa-apa, mungkin ada isu teknikal.

“Mungkin ada sebab tertentu berhubung dengan keperluan perundangan yang belum dapat lagi,” katanya dalam sidang media di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini.

Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, Seremban, masing-masing pada 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu.

Gunasekaran bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan diwakili barisan empat peguam yang diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Sebelum ini Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober, atas pertuduhan tambahan.

Tags: ADUN DAPLTTEp gunasekaranpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd