• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal Lajak Memang Haram – Wan Azizah

oleh
01/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Basikal lajak iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya sememangnya haram berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Basikal lajak ni memang tiada brek, itu dah memang salah, sebarang kenderaan yang mempunyai masalah brek memang haram berada di atas jalan raya, jadi tak perlu nak haram-haram lagi,” katanya selepas merasmikan Program Bengkel Usahawan Muda Parlimen Pandan, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja masa kini.

Basikal lajak kembali menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan seorang jurujual daripada pertuduhan menyebabkan kematian lapan kanak-kanak yang sedang berbasikal lajak pada 2017.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memantau keberadaan anak-anak supaya tragedi seperti itu tidak berulang.

Terdahulu, berucap merasmikan program itu, Dr. Wan Azizah berkata, usahawan perlu mampu mengambil risiko perniagaan dan mengurus risiko itu dengan betul.

Pada masa yang sama, golongan itu perlu mengurangkan rasa takut pada kegagalan dan berdisiplin.

“Satu cara untuk memastikan disiplin ini ialah dengan usahawan dibayar gaji bulanan oleh perniagaannya sendiri. Ini disiplin yang amat penting supaya kita tidak menyalahgunakan modal yang diperuntukkan untuk perniagaan, walaupun itu berupa perniagaan kita sendiri,” katanya.

Pada majlis yang sama, Dr. Wan Azizah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kit Simulasi Usahawan Muda Pandan.

Pertandingan itu disertai 100 pelajar dari lima sekolah menengah dari Parlimen Pandan. Pada pertandingan itu, pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan menyelesaikan masalah perniagaan menggunakan Kit Simulasi Usahawan yang direka untuk memudahkan usahawan membuat keputusan perniagaan mereka.

Tags: basikal lajakWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jarak Merokok 3 Meter Kekal

Next Post

Konsesi Pharmaniaga Akan Berakhir – Dzulkefly

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

11/04/2023
0

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam Ke Ting daripada sabitan dan hukuman dalam...

Next Post

Konsesi Pharmaniaga Akan Berakhir - Dzulkefly

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd