Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Pengurus Ditahan Sengaja Reka...

PENGURUS stesen minyak yang mendakwa wang tunai berjumlah RM35,000 kutipan hasil jualan seminggu...

Wanita Tak Malu, Puaskan...

AKIBAT gagal mengawal nafsu, seorang wanita tanpa rasa malu telah dirakamkan memuaskan dirinya...

LTTE: 24 Februari Urus...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Feb sebagai pengurusan kes...

KDN Akan Bincang Dengan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan...

Basikal Lajak: Denda, Penjara Ibu Bapa, Penjaga Abai Anak

KUALA LUMPUR – Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Azisman Alias berkata, pada masa ini, hanya ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan tindakan berkenaan di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak.

“Kita boleh ambil tindakan di bawah kaedah-kaedah kepada penjaga mereka di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak, di mana ibu bapa bertanggungjawab ke atas perbuatan, tindakan dan keselamatan anak-anak tersebut.

“Sekiranya kita dapat membuktikan pengabaian terhadap keselamatan kanak-kanak ini, penjaga atau ibu bapa itu boleh dikenakan denda telah melebihi RM2,000 dan penjara selama 5 tahun.

“Setakat ini kita belum mengambil tindakan terhadap ibu bapa, kerana kita sedang mengkaji ada tak undang-undang lain boleh digunakan terhadap penjaga atau ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media harian di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pada 28 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Johor Bharu melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.

Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Ke Ting didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Dalam pada itu, Azisman berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kedai basikal yang mengubah suai basikal lajak susulan ketiadaan peruntukan undang-undang.


“Pada awalnya basikal lajak itu basikal biasa tetapi telah diubah suai kepada begitu rupa bagi menunjukkan satu aksi untuk kepuasan diri mereka, macam aksi superman, handle dipotong pendek dan direndahkan tanpa brek, tanpa lampu dan tidak memakai helmet.

“Tempat diubah suai ini juga kena ambil tindakan tetapi undang-undang sedia ada tidak dapat mengambil tindakan kepada mereka yang ubah suai atau kedai basikal yang ubah suai,” katanya.

Selain ibu bapa dan penjaga, pihak boleh merampas basikal lajak yang terbabit dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit dan pengguna jalan raya lain.

“Basikal-basikal ini apa yang kita dapati salah ataupun tidak mengikut peraturan jika kita mahu mengambil kesalahan dan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1979 ataupun LN166/1979.

“Pertama kita boleh ambil tindakan di bawah Kaedah 35(2) setiap basikal apabila ditunggang hendaklah dipasang di depannya lampu yang menunjukkan cahaya putih yang boleh dilihat dalam jarak yang munasabah tempat basikal itu tujui.

“Kemudian Kaedah 35(3) setiap basikal di bahagian belakangnya dipasang lampu yang menunjukkan lampu merah di sebelah belakang yang boleh dilihat dalam jarak munasabah.

“Setakat ini tindakan saman yang boleh kita ambil dan kita boleh rampas basikal ini di bawah Seksyen 132 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Kategori