Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Disney Haramkan Penggunaan Monopod...

DISNEY dalam satu kenyataan rasmi dilaporkan telah mengharamkan penggunakan kayu selfie atau lebih...

Raja Muda Perlis Berangkat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi...

Hak KWSP untuk mengundi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata haknya untuk mengundi dalam...

PKR Kemuka Permohonan Maaf...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat permohonan maaf kepada Setiausaha Agung...

Bapa Adib Gagal Halang Rayuan Peguam Negara Hina Mahkamah

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bapa Muhammad Adib Mohd Kassim untuk menghalang rayuan Peguam Negara, Tommy Thomas atas dakwaan menghina mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Meor Hashimi Abd Hamid berkata, Mohd Kassim Abdul Hamid silap dalam mengambil laluan sivil untuk menghentikan rayuan Thomas.

“Prosiding penghinaan itu terletak di bawah prosiding jenayah,” katanya dalam penghakimannya hari ini.

Beliau menetapkan 12 Disember ini untuk mendengar rayuan Thomas terhadap keputusan Koroner, Rofiah Mohamad membenarkan Kassim memulakan prosiding komital.

Thomas diwakili peguam, Zainur Zakaria dan Ambiga Sreenevasan.


Pada 16 Julai lalu, Kassim memfailkan permohonan sebelah pihak (ex-parte) perintah komital terhadap Thomas atas dakwaan menghina mahkamah menerusi satu afidavit difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu yang menyatakan kematian Adib bukan berpunca daripada kecederaannya.

Afidavit itu difailkan ketika inkues menentukan punca kematian Adib sedang berlangsung.

Pada 27 September lalu, Rofiah memutuskan “lebih 2 individu tidak dikenali” membunuh Adib yang meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya ketika beliau dikerahkan ke lokasi rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, pada November tahun lalu.

Kategori