• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Di Dewan Rakyat, Bukan Istana Negara

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan mesej tular mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.

Fahmi turut menafikan ada mengeluarkan kenyataan kononnya mengesahkan pertemuan itu, seperti yang disebar menerusi mesej berkenaan.

“Saya tidak ada keluarkan sebarang mesej mengesahkan kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara.

“Ini adalah satu taktik yang cukup jelik, kotor, dan saya akan buat laporan polis hari ini kerana nama saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan maklumat tidak benar, palsu, fitnah dan bermotif politik.

“Datuk Seri Anwar ada di Dewan Rakyat pagi ini. Maklumat itu disampaikan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pagi tadi, pihak media menerima satu mesej tular kira-kira jam 9.45 pagi mendakwa Fahmi mengesahkan Anwar berada di Istana Negara untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pihak media bagaimanapun melihat kehadiran Anwar di Dewan Rakyat pada jam 10.10 pagi. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimDewan RakyatFahmi FadzilIstana Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd