• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Tegas Pertahan Kepimpinan Mahathir

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertegas mempertahankan kestabilan kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Hilman Idham berkata, ini termasuk dari sebarang usaha atau langkah yang bertujuan mengganggu gugat kedudukan dan peranan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Melalui pertemuan yang diadakan pada malam ini bersama pimpinan di peringkat cabang seluruh Malaysia, kami bermuafakat untuk mempertahankan kepimpinan Dr. Mahathir.

“Pendirian ini merupakan antara pendirian yang disepakati melalui pertemuan yang diadakan malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat MPP AMK Malaysia bersama pimpinan AMK cabang-cabang seluruh Malaysia bertempat di Rumah Pemuda di sini malam tadi.

Katanya, malam ini beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat AMK untuk mendengar pendirian rakan-rakan baik di peringkat nasional mahupun cabang.

“Saya juga menerangkan kepada kepimpinan soal krisis yang berlaku dalam isu perasmian kongres nasional Angkatan Muda Keadilan, kedua saya juga memberikan taklimat kepada semua pimpinan terhadap isu konvensyen negeri Sarawak.

“Ini juga termasuk pendirian yang diambil oleh Majlis Pimpinan Negeri Sarawak dan yang ketiga saya juga memberikan penjelasan kepada pimpinan AMK tentang isu yang dibincangkan dan dibahaskan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 22 Ahli Parlimen BN dan juga ahli-ahli PKR,” katanya.

Jelasnya, setelah mendengar pandangan majoriti pimpinan AMK Pusat dan cabang daripada seluruh negara, beberapa pendirian yang diambil pada malam ini.

“Antaranya perasmian Kongres Nasional AMK Pusat akan diteruskan dengan perasmian oleh Timbalan Presiden PKR pada 4 Disember 2019 di MiTC Melaka bersama-sama dengan sayap wanita PKR.

“Seluruh pergerakan dan perwakilan AMK diperingkat nasional, cabang dan ranting akan dikerahkan untuk mempertahankan tradisi dan konvensyen PKR,” katanya.

Tambahnya, AMK juga bermuafakat dan bersolidariti dengan kepimpinan MPN Sarawak.

“MPN Sarawak tuntas mempertahankan idealisma dan prinsip perjuangan PKR yang luhur, demokrasi autonomi dan kebebasan bersuara yang mana harus dipertahankan oleh setiap kepimpinan dan anggota PKR.

“Saya harap setiap pimpinan AMK yang hadir kembali ke cabang masing-masing dan kita akan menggerakkan kekuatan kita untuk memastikan apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dalam kongres nasional pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, pertemuan dan mesyuarat diadakan di Rumah Pemuda bersama 132 pimpinan AMK cabang di seluruh Malaysia.

Tags: AMKMahathir MohamadPerdana MenteriPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakatan Harapan Lemah Dalam Komunikasi – Mahathir

Next Post

Yazid Sufaat Bebas, Perlu Pakai Peranti Elektronik

Related Posts

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Next Post

Yazid Sufaat Bebas, Perlu Pakai Peranti Elektronik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd