• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Perjelas Tujuan Bertemu Azmin

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menemui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman beliau di Putrajaya tempoh hari menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dikhususkan bagi membincangkan isu di kawasan Parlimen masing-masing.

Mereka berkata, pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR itu juga merupakan usaha untuk memastikan segala kepentingan dan keperluan rakyat dapat dipenuhi sebaiknya.

“Malah, seperti dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami langsung tidak berniat untuk tinggalkan parti, apatah lagi sertai parti lain.

“Namun, sekiranya ada pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang ikhlas untuk sertai UMNO dan BN, kerana sedar rakyat bukan sahaja mula menolak mereka, tetapi juga semakin hilang kepercayaan terhadap visi PH dalam mentadbir negara, kami sangat alu-alukan,” kata AHLI Parlimen BN seramai 15 orang itu menerusi kenyataan media bersama hari ini.

Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datek Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Salim Sharif (Jempol), Datuk Hasbullah Osman (Grik), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Maran), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Menurut Ahli Parlimen itu, mereka dan pemimpin PH boleh bersama-sama memulihkan semula negara yang kini berdepan pelbagai masalah sejak PH memerintah.

Malah, apa yang lebih penting, kata mereka, ialah mengembalikan negara pada landasan yang boleh menjamin masa depan rakyat dan generasi akan datang.

Berhubung isu peralihan kuasa, Ahli Parlimen itu berkata, ia tidak dibincangkan langsung semasa pertemuan tersebut.

“Perihal peralihan kuasa ini hal dalaman PH. Ia tiada kena
mengena dengan kami sebagai Ahli Parlimen Pembangkang,”
ujarnya.

Sementara itu, kesemua Ahli Parlimen pembangkang itu menafikan dakwaan kononnya pemimpin UMNO sudah hilang parti dan tidak pasti apa perlu dilakukan, sama ada hendak lompat parti sama  seperti yang dinyatakan rakan mereka semalam.

“Kami boleh sahkan, tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen BN semasa pertemuan tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: ahli parlimen BNBarisan NasionalMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

22/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd