• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Hari 2 Malam Tak Ingat Dunia

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGGUH mengejutkan apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun bersama rakannya berusia 17 tahun menjadi dalang penganjuran pesta liar dadah di kondominium mewah.

Kedua-dua gadis terbabit didakwa menyewa dua unit kondominium di Jalan Ampang di sini, bagi mengadakan pesta liar selama tiga hari dua malam.

Aktiviti maksiat dihadiri 48 individu itu khusus untuk kenalan yang menerima jemputan khas menerusi aplikasi WhatsApp tanpa yuran penyertaan.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar susulan serbuan polis di dua unit kondominium berkenaan pagi semalam.

Dalam serbuan pertama, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menyerbu sebuah kondominium jam 10.30 pagi, susulan maklumat dan risikan diterima.

Menurut sumber, hasil serbuan itu, 36 individu diberkas membabitkan 27 lelaki dan sembilan perempuan tempatan yang didapati dalam keadaan khayal akibat dadah.

“Daripada jumlah itu, enam lelaki dan lapan perempuan ditahan adalah remaja bawah umur.

“Pemeriksaan pada meja di ruang tamu menemui sepeket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki ketamin. Turut ditemui pil Eramin 5 dan pelbagai pil disyaki dadah ekstasi,” katanya.

Susulan itu polis merampas alat pembesar suara dan laser display system yang dipercayai digunakan untuk berhibur.

Menurutnya, serbuan kedua turut dilakukan di sebuah unit kediaman berhampiran di kondominium sama, dua jam kemudian.

Hasil serbuan kedua, polis menahan 12 individu membabitkan lapan lelaki dan empat perempuan yang turut menyertai pesta liar.

“Dalam serbuan itu, polis menemui sejumlah pil ekstasi, ketamin dan air ketum,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja berusia 12 tahun berasal dari Batu Caves, Selangor, tidak lagi bersekolah, manakala remaja berusia 17 tahun dari Sabak Bernam, Selangor, adalah peniaga pasar tani.

“Siasatan mendapati dalang atur acara pesta liar itu menyewa satu unit kediaman dengan bayaran RM330, manakala satu lagi kumpulan menyewa RM230 sehari. Bagaimanapun tiada bayaran khas dikenakan ke atas peserta lain.

“Semua 48 individu terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju untuk menjalani ujian air kencing. Majoriti daripadanya positif dadah,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3), Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail yang dihubungi mengesahkan tangkapan dilakukan namun enggan mengulas lanjut. – myMetro Online

Tags: kes dadahmaksiatpesta liarRemaja Perempuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd