• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Remaja Bawah Umur Didakwa Bunuh Pelajar Tahfiz

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Dua remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar pusat tahfiz di Kuala Kaung, Lanchang pada 7 November lalu.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 13 tahun itu memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Izzatie Mutalib manakala prosiding dijalankan secara tertutup dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Mohammad Aimin Nurul Amin, 7 di dalam asrama Madrasah Maahad Tahfiz Nahfah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung, Lanchang.

Kedua-dua tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Kejadian berlaku di antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November lalu.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan dibacakan bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pei Si kemudiannya menetapkan sebutan semula pada 19 Disember depan bagi laporan perubatan dan lantikan peguam.

Kedua ibu bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.

Pada 8 November lalu negara dikejutkan dengan kematian Mohammad Aimin yang juga pelajar termuda di tahfiz terbabit selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bermaya oleh warden pusat tersebut.

Hasil bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul.

Tags: bunuh pelajar tahfizpusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd