Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Samantha Dinobatkan Miss Universe...

GADIS dari Kuala Lumpur, Samantha Katie James muncul dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2017. Samantha,...

Bapa Bunuh Anak, Tak...

LOS ANGELES -  Seorang bapa dituduh membunuh anaknya sendiri Khamis lepas kerana mendapati...

Bendera Johor Terbalik: Perbadanan...

Kejadian berlaku di Putrajaya apabila bendera negeri Johor dikibarkan secara terbalik.Mynewshub yakin ia...

Anda Pasti Tidak Bazir...

Boleh dikatakan anda yang sedang membaca artikel ini kebanyakannya pasti sudah makan tengah...

2 Cedera Parah Ditetak Gara-Gara Rebut Kereta Kemalangan

GEORGE TOWN – Empat lelaki berusia antara 23 dan 44 tahun ditahan semalam susulan kejadian dua lelaki yang cedera parah ditetak dalam satu pergaduhan berebut untuk menarik kereta yang terlibat dalam kemalangan tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, dua lelaki tersebut bersama beberapa lagi rakannya berada di bawah blok Taman Cemerlang, Jelutong di sini sebelum didatangi sekumpulan lelaki memakai topeng muka dan menyerang mereka menggunakan parang panjang.

“Rakan-rakan kedua-dua mangsa melarikan diri, namun dua lelaki itu dipercayai tidak sempat lari dan mangsa berusia 19 tahun serta 20-an tersebut masing-masing cedera ditetak di bahagian kepala dan pinggang sebelah kanan, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya di sini malam tadi.

Menurutnya, maklumat diperoleh mendedahkan mangsa dan penyerang itu adalah dari kumpulan penarik kereta berbeza dan kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perebutan untuk menarik sebuah kenderaan terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Pinang di sini.

“Keempat-empat lelaki yang ditahan dikenal pasti dari rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian dan hasil siasatan juga mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana melakukan rusuhan.

Kategori