• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Penumpang Cedera Bas Terbalik Di Tapah

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Seramai 14 penumpang cedera selepas bas persiaran membawa 30 penumpang untuk bercuti ke Genting Highlands, Pahang, terbabas di Kilometer 315 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, pagi ini.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, kesemua penumpang yang cedera adalah warga Indonesia yang dipercayai bekerja di Pulau Pinang dan mengikuti rombongan untuk bercuti ke Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan awal mendapati bas membawa 30 penumpang itu dari Pulau Pinang menuju ke Genting Highlands sebelum dipercayai terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu bas berusia 34 tahun dipercayai gagal mengawal bas dan hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan serta terbalik di bahu jalan sebelah kiri menyebabkan 14 penumpang cedera.

“Kesemua penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Wan Azharudin berkata, kesemua mangsa yang cedera berusia 19 hingga 42 tahun dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan itu berlaku.

Katanya, tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: Bas Persiaranbas terbalikgenting highlandsTapah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

‘Bas Persiaran Disewa Atas Inisiatif Pelajar Balik Bercuti Sempena Aidiladha, Ia Bukan Bas UPSI’ – Naib Canselor UPSI

‘Bas Persiaran Disewa Atas Inisiatif Pelajar Balik Bercuti Sempena Aidiladha, Ia Bukan Bas UPSI’ – Naib Canselor UPSI

09/06/2025
0

IPOH: Bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit nahas maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd