• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zarina Zainuddin Cari Rezeki Halal Demi Anak

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya rasa dianiaya. Apapun, saya tak nak komen lanjut kerana sudahpun buat pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah.

“Apa yang pasti, saya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Malah, saya akan buat pendaftaran mengikut prosedur seperti ditetapkan pihak berkenaan,” kata pelakon, Zarina Zainuddin, 48.

Terdahulu, pelakon drama 30 Pesanan Suara di TV3 itu dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam di atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi.

Menurut Zarina, demi menyara keluarga dia sangat berusaha keras dalam mencari rezeki sama ada berlakon mahupun berniaga.

“Asalkan rezeki halal untuk anak dan keluarga, saya pasti usahakan sebaik mungkin termasuk berniaga pulut kuning,” katanya.

Ketika di mahkamah selepas disabitkan bersalah, Zarina dikatakan menepis telefon bimbit wartawan yang cuba merakam gambarnya.

Sehubungan itu, Zarina yang mengaku bersalah atas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya diperintahkan membayar denda RM17,500 oleh mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didenda RM3,000, pertuduhan kedua (RM2,500), pertuduhan ketiga (RM3,000), pertuduhan keempat (RM2,500), pertuduhan kelima (RM3,000) dan pertuduhan keenam (RM3,500).

Zarina didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan mengikut Peraturan 18A (15). – myMetro Online

Tags: alat kosmetikhukuman dendaZarina Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOT Sedia Semak Hukuman Denda Kesalahan Memandu Bawah Umur

MOT Sedia Semak Hukuman Denda Kesalahan Memandu Bawah Umur

15/11/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk menyemak semula hukuman denda bagi kesalahan memandu bawah umur kerana ketika ini, ia...

Denda RM10,000 Hina Polis, Penjara 3 Bulan

31/03/2020
0

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd