• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan Melayu Tutup Operasi Bermula Hari Ini

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) akhirnya menutup operasinya selepas berdepan dengan pelbagai masalah kewangan.

Mulai hari ini, syarikat media itu berusia 80 tahun itu akan menghentikan operasinya dan tarikh akhir perkhidmatan kakitangannya bermula esok.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir, langkah itu dibuat selepas pelbagai usaha ‘menyelamatkan’ syarikat tidak menjadi.

Ia termasuk menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada 700 kakitangan, penjualan aset, edaran akhbar menjunam turun dan kegagalan sumbangan iklan tidak menepati sasaran.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak.

“Syarikat ini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang-pemiutang,” katanya dalam memorandum pekeliling syarikat berkenaan semalam.

Sehubungan itu, menurut Abd Aziz, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn. Bhd. sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator).

Menurutnya, langkah itu terpaksa diambil oleh kerana lembaga pengarah berpendapat syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

Faedah penamatan kerja adalah tertakluk kepada peruntukan
undang-undang dan ini akan dikendalikan oleh pihak pelikuidasi.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan sebelum itu, UMMB akan melepaskan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn. Bhd. kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd.

Dilof merupakan anak syarikat 100 peratus miliknya yang kini merupakan pemegang permit menerbitkan dua akhbar berbahasa Melayu berpengaruh iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Pelepasan pegangan dalam Dilof itu untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana itu, kata UMMB dalam satu kenyataan hari ini.

Ia untuk memastikan akhbar Utusan Malaysia yang telah berusia 80 tahun tidak dikuburkan dan akhbar Kosmo! yang berusia 15 tahun dapat diteruskan. – MalaysiaGazette

Tags: Kosmo!Utusan MalaysiaUtusan Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd