• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahasama 1MDB, PSI Atas Hubungan Peribadi Najib, Raja Abdullah

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan PetroSaudi International Ltd. (PSI) diwujudkan atas hubungan peribadi antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Almarhum Raja Arab Saudi, Abdullah Abdulaziz Al Saud, Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata beliau mengetahui perkara itu daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-23 perbicaraan kes bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Daripada siapa, kamu mengetahui perkara ini (usahasama antara PSI dan 1MDB diwujudkan atas hubungan peribadi Najib dan Raja Abdullah)?

Shahrol Azral: Jho Low memberitahu saya bahawa usahasama antara PSI dan 1MDB itu diwujud atas hubungan peribadi antara Najib dan Raja Abdullah.

Jho Low memberitahu saya, dia turut berada di atas kapal layar semasa perbincangan dijalankan. Dia menyebut terdapat perbincangan di atas kapal layar semasa satu daripada percutian mereka.

Muhammad Shafee: Apa maksud kamu tentang peribadi? Adakah kamu maksudkan hubungan peribadi Najib dengan pemerintah Arab Saudi akan membantu usahasama antara 1MDB and PSI?

Shahrol Azral: Saya ingin menegaskan usahasama itu dicipta atas hubungan peribadi ini.

Kepada soalan lain, saksi itu bersetuju bahawa sebagai ketua pegawai eksekutif 1MDB ketika itu, beliau sepatutnya memastikan usahasama itu dilaksanakan dan menyediakan butiran kerjasama.

Ditanya sama ada beliau memberi perhatian bahawa wang RM4.3 bilion dalam akaun 1MDB digunakan untuk tujuan yang baik, Shahrol Azral berkata, “Ia untuk tujuan yang baik kerana ia adalah antara Kerajaan dan Kerajaan (‘G2G’).”

Ketika ditanya sama ada beliau mengandaikan tidak terdapat tawaran lebih rendah, gambaran salah, tiada penipuan kerana ia adalah G2G, saksi itu menjawab, “Ya…ini telah dikemukakan kepada saya sebagai sesuatu yang peribadi antara Najib dan Raja Abdullah”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah manakala Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pendakwaan.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakPSIRaja Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

M40 Miliki 2 Kenderaan Layak Terima Subsidi Petrol

Next Post

Pertemuan Anwar-Azmin Tak Sentuh Isu Politik – Saifuddin

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Pertemuan Anwar-Azmin Tak Sentuh Isu Politik - Saifuddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd