• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Dan PAS Boleh Cuba Sertai PH – Mahathir

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Mereka boleh cuba,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas cadangan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya UMNO dan PAS menyertai Pakatan Harapan (PH).

Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong itu dilaporkan mencadangkan supaya UMNO dan PAS menyertai PH tanpa penyertaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketika ditanya adakah Hishammuddin pernah menyuarakan cadangannya itu kepada beliau pada pertemuan diadakan sebelum ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH itu berkata, ia tidak disuarakan.

Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Hishammuddin itu akan dapat menghidupkan kembali budaya politik dan pentadbiran negara berasaskan kaum.

Majlis itu menegaskan mereka berpegang teguh kepada Muafakat PH yang dipersetujui secara bersama oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah dan DAP untuk kekal dalam kerajaan PH yang turut dianggotai Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Kabinet.

Sehubungan itu mereka menggesa agar Hishammuddin dan rakan rakannya menghentikan kempen untuk mengetengahkan idea pembentukan kerajaan baharu tanpa penyertaan DAP dan Amanah.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menafikan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa isu peralihan kuasa menyebabkan pelabur kurang melabur di negara ini berikutan ketidaktentuan politik.

“Pelaburan langsung asing (FDI) yang telah masuk ke negara ini jumlahnya berbilion ringgit mana ada kurang. Namun, kita masih memerlukan lebih banyak lagi pelaburan kerana ia mencipta pekerjaan.

“Kita perlu melalui pengalaman ini (ketidaktentuan ekonomi) kerana sebelum ini juga, kita berdepan masalah sama. Dulu ada percubaan untuk meruntuhkan ekonomi negara tapi kita perlu hadapi masalah ini,” katanya.

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd