• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Buat Laporan Polis Graduan Biadab

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam.

UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, kelakuan graduan berkenaan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

“UM telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut hari ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat serta tindakan lanjut yang sewajarnya diambil.

“Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol serta kelancarannya. Ia juga mencemarkan nama baik Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, para graduan dan seluruh warga UM,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai sebuah universiti diiktiraf dunia antara yang terbaik, UM sentiasa mendukung prinsip kebebasan bersuara.

“Bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang menggalas amanah untuk mendidik generasi masa depan, kami juga percaya bahawa apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang betul.

“Menjadi tanggungjawab universiti juga bagi memastikan para mahasiswa yang kami asuh dan didik bukan sahaja akan menjadi individu yang berpengetahuan.

“Tetapi lebih penting lagi dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk menjadi insan yang terdidik dan berakhlak serta menghormati prinsip ‘kesopanan dan kesusilaan’ dan arif akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat dan warga sebuah negara berperlembagaan,” katanya.

Semalam, seorang mahasiswa UM melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya sejurus selepas menerima skrol ijazah.

Graduan itu berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Tindakan itu dipercayai bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr. Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu. – Sinar Harian

Tags: cinagraduanlaporan polisUniversiti Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd