• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Jaminan Malaysia Kekal Dalam WGBI

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun risikonya rendah, pasaran bon Malaysia tidak boleh menolak kemungkinan ia dikeluarkan daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), kata Ketua Penyelidik RAM Ratings, Kristina Fong.

Beliau berkata, Malaysia kekal dalam senarai pemantauan untuk potensi dikeluarkan walaupun risikonya rendah ketika ini berikutan inisiatif Bank Negara Malaysia selain pelbagai tindakan yang dilakukan bagi menangani kebimbangan pelabur.

“Walaupun keputusan terbaharu kajian FTSE Russell pada 26 Sept memihak kepada Malaysia, ketidaktentuan berkaitan dengannya dan potensi kemasukan bon China dalam WGBI, mendorong pelabur asing untuk tidak memasuki pasaran bulan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada September, terbitan bon korporat Malaysia meningkat kepada RM14.9 bilion (Ogos: RM4.6 bilion), didorong oleh penerbitan kukuh sektor kuasi-kerajaan dan swasta.

Ini menjadikan terbitan korporat secara keseluruhan kepada RM27.7 bilion pada suku ketiga 2019.

Kadar penerbitan korporat yang kukuh telah menjadi teras utama sepanjang 2019, kemungkinan disebabkan oleh kos pembiayaan yang menarik memandangkan pulangan hingga matang telah merosot sejak awal tahun ini.

“Walaupun terbitan bon kerajaan agak lembap pada September (RM5.5 bilion), terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) setahun penuh masih berada pada kedudukan untuk mencapai unjuran sebanyak RM110 bilion-RM120 bilion untuk 2019 .

“Kami menjangkakan pengeluaran MGS/GII akan meningkat kepada RM115 bilion-RM125 bilion pada 2020, ekoran keperluan pembiayaan defisit kerajaan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Okt lepas, selain pembiayaan semula hutang matang tahun depan,” katanya.

Tags: pasaran bon malaysiaRAM RatingsWGBI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Inflasi Januari Dijangka Meningkat, Kos Pengangkutan Naik

20/02/2020
0

KUALA LUMPUR - RAM Ratings menjangka kadar inflasi Malaysia pada Januari 2020 akan meningkat kepada 1.8% berbanding 1.0% pada bulan...

Import, Eksport Oktober Dijangka Susut – RAM

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - RAM Ratings menjangka import Malaysia akan susut sebanyak 6.8 peratus dan eksport 8.2 peratus pada bulan Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd