• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Tak Bincang Mogok Foodpanda Dalam Kabinet

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendirian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung skim pembayaran baharu bagi penghantar makanan, Foodpanda tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kenyataan Ahli Parlimen Muar itu sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan PH.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yakin Syed Saddiq mempunyai sebab-sebab tertentu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Itu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet langsung.

“Itu bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menerusi akaun Twitter miliknya mengingatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia supaya tidak angkuh.

“Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.

“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” katanya.

Kenyataan itu susulan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das membayangkan syarikat itu tiada masalah dengan mogok penghantar terhadap skim pembayaran baru mereka.

Tags: FoodpandaMahathir MohamadPenghantar makananSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd