• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Tawaran Beli Tanah Kampung Baru Adalah Paksaan

oleh
28/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan persekutuan didakwa tidak ikhlas berhubung tawaran harga RM1,000 sekaki persegi untuk membeli tanah petempatan orang Melayu bersejarah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bekas menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani berkata, rancangan kerajaan untuk membeli tanah di situ merupakan satu paksaan.

Semua pemilik tanah perlu bersetuju dengan tawaran tersebut, termasuk pemegangan saham dalam syarikat yang akan membangunkannya.

Menurut Johari, prasyarat tersebut merupakan satu bentuk paksaan.

“Mana logik nak dapat 100 peratus pemilik tanah Kampung Baru akan terima tawaran itu,” katanya dalam satu temu bual media.

“Mereka mesti diberikan pilihan sama ada mahu menerima tawaran itu atau tidak.”

Pada Khamis Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengumumkan “tawaran muktamad” RM1,000 sekaki persegi untuk membeli tanah Kampung Baru.

Tawaran itu meliputi kombinasi wang tunai, saham atau hartanah siap.

Pemilik tanah ditawarkan saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang akan membangunkan tanah berkenaan pada nilai RM150 sekaki persegi, sementara bagi baki RM850 sekaki persegi, pemilik diberi pilihan dalam bentuk wang tunai, hartanah siap atau kombinasi antara kedua-duanya serta saham dalam SPV.

Khalid juga berkata, sebagai langkah terakhir, kerajaan mungkin akan menjalankan pengambilan wajib di bawah Akta Pengambilan Tanah.

Johari yang merupakan bekas ahli Parlimen Titiwangsa mempersoalkan sama ada kerajaan bersedia menjamin prospek keuntungan SPV yang membangunkan tanah berkenaan.

“Kalau kita nak memaksa orang beli saham SPV dengan menggunakan nilai tanah mereka, apakah kerajaan hari ini boleh menjamin syarikat SPV ini tidak menjadi seperti banyak syarikat tanah yang dah tutup?”

Beliau juga mempersoalkan latar belakang syarikat berkenaan.

“SPV ini siapa yang kontrol? Swasta atau kerajaan? Kalau kerajaan, agensi mana yang akan memiliki SPV ini? Kementerian Kewangan atau Kementerian Wilayah Persekutuan? SPV ini datang dari mana?”

Beliau juga menyuarakan keraguan berhubung model pembiayaan syarikat baru berkenaan.

Khalid berkata, beliau menganggarkan sebanyak RM6.7 bilion perlu didapatkan melalui pinjaman bank.

Johari berkata, “apakah kerajaan akan menjamin pinjaman yang dibuat? Tidakkah ini akan menambah hutang kerajaan? Apakah Kementerian Kewangan dan Kabinet telah bersetuju untuk menjamin hutang tersebut?”

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan supaya menyediakan maklumat yang tepat dan telus kepada penduduk Kampung Baru. – FMT

Tags: johari abdul ghaniKampung BaruOrang Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd