• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhakam Tak Setuju 12 Individu Ditahan Bawah SOSMA?

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap penahanan 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Suhakam menegaskan suruhanjaya itu sentiasa konsisten dengan pendiriannya berhubung undang-undang keselamatan namun kebimbangan lahir berikutan SOSMA melibatkan penahanan tanpa bicara iaitu bertentangan dengan prinsip teras hak asasi manusia.

“Suhakam mengakui bahawa SOSMA diwujudkan berikutan kuasa khas di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, Suhakam bimbang dengan Seksyen 4 SOSMA yang membolehkan tangkapan, penahanan dan penambahan tempoh penahanan dibuat tanpa memerlukan pengawasan kehakiman,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Kenyataan itu turut menyebut Suhakam menyambut baik pengumuman terkini beberapa peruntukan di bawah akta yang akan dikaji semula terutama berkaitan penahanan, malah suruhanjaya itu bersedia menasihati dan membantu sepenuhnya.

“Suhakam faham bahawa keseimbangan sewajarnya perlu bagi melindungi negara daripada ancaman keselamatan dan mempertahankan hak asasi manusia.

“Kebebasan daripada penahanan sewenang-wenangnya, hak perbicaraan yang adil dan hak sosial dan antarabangsa adalah hak boleh dikecapi sepenuhnya. Ia dijamin Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan juga Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baru-baru ini, 12 individu ditahan termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP kerana didakwa ada kaitan dengan LTTE.

LTTE disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas di 30 negara seluruh dunia termasuk Kesatuan Eropah, Kanada, India, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Pemimpin DAP antaranya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mendesak kerajaan supaya SOSMA dimansuhkan secepat mungkin.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan akta itu perlu atas faktor keselamatan.

Beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa pihak polis terpaksa menggunakan akta terbabit kerana keadaan adalah berbeza. – Sinar Harian

Tags: DAPLTTEpengganasSOSMASuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd