• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR, JPN Tubuh Pasukan Petugas Khas Selaras Undi 18 Tahun

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menubuhkan jawatankuasa petugas khas berhubung pelaksanaan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan pada Khamis berkata jawatankuasa itu bertindak menyelaraskan maklumat warganegara dan perkara lain yang berkaitan.

“Di samping itu, salah satu program kerjasama SPR dan JPN yang telah dirancang adalah mengadakan kempen secara besar-besaran bagi menggalakkan warganegara untuk mengemas kini alamat bermastautin terkini di JPN,” katanya.

Azhar berkata walaupun usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya pada 1 Julai 2021, namun SPR akan berusaha untuk melaksanakannya secepat mungkin.

Dalam tempoh peralihan sebelum dikuatkuasakan, SPR bercadang untuk melantik Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dalam kalangan ahli parti politik, katanya.

“Bagi tujuan ini, parti-parti politik boleh mengemukakan cadangan pelantikan ini kepada Ibu Pejabat SPR dan mana-mana pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara mulai sekarang,” katanya. 

Azhar berkata SPR turut mencadangkan agar pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri atau Perlembagaan Negeri bagi membolehkan calon berumur 18 tahun sebagai wakil dewan undangan negeri (DUN) dibuat semasa persidangan DUN yang dijangka pada November ini atau selewat-lewatnya Mac 2020.

Katanya pemilihan calon berumur 18 tahun sebagai wakil Dewan Rakyat telah mula dikuatkuasakan pada 11 September lepas.

“Kesemua pihak ambil maklum akan pindaan ini yang berkuatkuasa di peringkat Dewan Rakyat dan berharap ianya juga dapat dilaksanakan dengan segera di peringkat DUN,” katanya.

Beliau berkata kesemua perkara itu telah diterangkan kepada 20 wakil parti politik dalam sesi libat urus bipartisan berhubung pelaksanaan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik pada 3 Okt lepas.

Azhar berkata SPR turut memaklumkan tentang pelaksanaan program-program pendidikan pengundi bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman tentang proses demokrasi dan pilihan raya di Malaysia terutamanya kepada golongan belia dan pelajar sekolah.

Beliau berkata SPR telah membangunkan modul khusus mengikut kumpulan sasaran iaitu modul pendidikan pengundi untuk belia lepasan sekolah dan modul pendidikan sivik untuk pelajar sekolah menengah.

“Sekiranya ada parti politik ingin mengetahui tentang perkara tersebut, SPR bersedia untuk memaklumkan kandungan terperinci modul tersebut,” katanya.

Azhar berkata SPR akan terus mengadakan sesi libat urus dengan parti politik dan pelbagai pihak dari semasa ke semasa selain memaklumkan status pelaksanaan terkini undi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Tags: JPNSPRundi 18 tahun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd