• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Berhak Tuntut Kos Tambahan Penggantungan RTS

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura berkata ia berhak untuk menuntut sebarang kos tambahan yang dikenakan selepas 30 September 2019 sekiranya Malaysia meminta lanjutan tempoh penggantungan pembinaan Projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura .

Kementerian Pengangkutan Malaysia semalam memaklumkan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk membuat keputusan mengenai projek itu dalam tempoh satu bulan hingga 31 Oktober 2019 tanpa sebarang kos tambahan.

“Atas semangat kerjasama dua hala, Singapura bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk penggantungan tambahan satu bulan,” kata Kementerian Pengangkutan republik itu dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai Projek Laluan RTS.

“Singapura juga bersetuju untuk mengecualikan kos tambahan yang ditanggung oleh Singapura dalam tempoh satu bulan yang timbul disebabkan permintaan Malaysia, tetapi berhak menuntut apa-apa kos tambahan yang dialami selepas 30 September 2019 sekiranya Malaysia meminta lagi lanjutan tempoh penggantungan,” kata kenyataan itu.

Perjanjian untuk menggantung projek dari 1 April 2019 hingga 30 September 2019 ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan pada 21 Mei 2019.

Menurut perjanjian itu, Malaysia akan membayar balik kira-kira RM2 juta kepada Singapura pada 31 Julai 2019, sebagai kos kegagalan yang ditanggung akibat penggantungan selama enam bulan.

Perjanjian dua hala mengenai RTS ditandatangani pada Januari tahun lepas semasa pentadbiran Barisan Nasional yang terdahulu.

Di bawah perjanjian asal, tambang sehala ditetapkan pada RM15 dan akan membebankan sesetengah rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura setiap hari.

Projek itu pada mulanya dijadualkan untuk pembinaan tahun ini dan dijangka siap pada Disember 2024.

Ia bertujuan untuk menangani kesesakan lalu lintas untuk perjalanan ulang alik antara kedua-dua negara itu setiap hari.

Projek Laluan RTS merangkumi landasan sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar (Johor Baru) dan Woodlands ( Singapore), dengan kapasiti untuk mengangkut 10,000 penumpang setiap jam.

Malaysia perlu membayar lebih daripada S$66 juta (RM200 juta) sekiranya ia memilih untuk menamatkan projek berkenaan.

Tags: kementerian pengangkutanProjek RTSSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd