• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Naik Kereta Terbang, Polis Pun Kena Terbang – Mahathir

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bersedia untuk membangunkan sebarang projek mengenai kereta terbang pada masa ini.

Sebaliknya, langkah yang difokuskan pada masa ini adalah dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan rangkaian sistem rel yang sememangnya telah sedia ada, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, kereta terbang mungkin akan wujud satu hari nanti tetapi ia bukanlah pada masa sekarang.

“Kereta terbang mungkin akan ada satu hari nanti, tapi bukan hari ini. Mungkin satu hari nanti kamu boleh terbang dengan dron. Dron lebih selamat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 di KL Sentral di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof apabila memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek kereta terbang akan dapat dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Menurut Redzuan, perbincangan awal pihak swasta dan usahawan berhubung projek kereta terbang, antara lain bagi memastikan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang disingkatkan kepada sejam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir memberitahu, masalah lain akan wujud pula sekiranya semua orang beralih menggunakan kereta terbang.

Malah, polis yang menjaga keselamatan juga terpaksa terbang bagi mengawal lalu lintas dan perkara itu akan menyebabkan masalah besar berlaku.

“Kalau semua orang naik kereta terbang, cuba bayangkan bagaimana banyak kereta di atas.

“Ia akan menyebabkan berlakunya kesesakan di udara dan polis juga kena terbang untuk jaga lalu lintas. Itu akan menyebabkan masalah besar,” ujarnya sambil disambut gelak ketawa hadirin yang mengikuti dalam sidang media berkenaan.

Pada Mac lalu, Redzuan dilapor berkata, kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu teknologi tempatan dan prototaip kenderaan itu dijangka diperkenalkan tahun ini.

Redzuan turut memaklumkan kementeriannya telah mengenal pasti industri mobiliti air  sebagai salah satu industri penting yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. 

Tags: kereta terbangMahathir MohamadPDRMpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd