• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahkah Melayu Bersatu Selesaikan Masalah Sendiri? – Hadi

oleh
06/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pihak yang mengkritik keputusan parti Islam itu menyertai Kongres Maruah Melayu sebagai Islamofobia.

Abdul Hadi berkata, ramai yang membidas PAS menyertai dua himpunan perpaduan bagi menyatukan orang Melayu, iaitu himpunan bersama UMNO dan himpunan bersama ilmuwan serta pertubuhan bukan kerajaan.

“Salahkah orang Melayu bersatu bersama Islam bagi menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri?

“Tanya kepada diri mereka yang menentang atau tidak senang dengan usaha ini, sama ada terpalit dengan penyakit Islamofobia.

“Al-Quran adalah panduan kepada penganut Islam yang setia dan memberi petunjuk bahawa setiap rasul memulakan dakwah Islam dengan menyelamatkan kaum bangsanya dahulu,” tulisnya dalam catatan dalam laman Facebook miliknya semalam. 

Ahli Parlimen Marang itu berkata, alasan pertama mereka ialah semangat kebangsaan yang dikatakan bercanggah dengan Islam.

“Kedua, pihak yang menjadi penganjur dilihat berlaku pertembungan.

“Media PH (Pakatan Harapan) yang setia kepada agenda perjuangan pragmatik atau oportunis tanpa berselindung mendedahkan pandangan pihak bukan Islam yang tidak senang dengan himpunan tersebut demi mendapat sokongan bukan Islam dan mengaburi mata umat Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Abdul Hadi AwangIslamophobiaMelayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16%, Desak Laporan Penuh

Next Post

Bursa Dijangka Turun Pada Paras 1,540 Mata

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Next Post

Bursa Dijangka Turun Pada Paras 1,540 Mata

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd