• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Sedia Hadapi Kenaikan Harga Barang

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga barangan susulan keputusan kerajaan melaksanakan pemberian subsidi bersasar kepada 2.9 juta golongan B40 menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bermula 1 Januari tahun depan.

Pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, harga petrol RON95 dijangka meningkat apabila kerajaan melaksanakan pengapungan harga petrol berkenaan.

“Harga RON95 mungkin meningkat dalam lingkungan 20 peratus kerana subsidi dihapuskan yang akan menyebabkan kesan kepada harga barang khususnya kos pengangkutan.

“Harga barang penghantaran juga akan naik dan kos sara hidup rakyat dijangka lebih meningkat jika harga,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, program PSP itu juga dilihat kurang berkesan jika harga minyak meningkat berikutan nilai subsidi itu rendah serta bersifat tetap.

“Mereka hanya menerima RM30 untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Nilai ini terlampau rendah terutama bagi penerima yang bekerja di lokasi agak jauh serta kos perjalanan yang tinggi.

“Jadi ia dilihat tidak begitu berkesan dengan keperluan semasa,” katanya mengulas keputusan kerajaan untuk melaksanakan pengapungan harga petrol RON95 bermula tahun depan.

Katanya, kerajaan perlu mengambil kira golongan M40 kerana dipinggirkan daripada bantuan kerajaan walaupun mempunyai pendapatan yang belum mencukupi.

“Saya melihat PSP sebagai projek percubaan dan ia perlu diperbaiki dengan menambahkan golongan yang akan diberikan subsidi petrol bersasar,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Dr. Ahmed Razman Abdul Latif berkata, kenaikan harga barangan akan berlaku apabila harga petrol diapungkan selain harga minyak dunia meningkat.

“Apabila harga minyak diapungkan akan berlaku kenaikan mendadak harga minyak dunia. Kemungkinan ada pihak akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang serta perkhidmatan walaupun harga minyak tidak memberi kesan kepada mereka.”

Bagaimanapun katanya, negara ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan yang memastikan peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan sesuka hati.

“Jadi penting untuk kerajaan memastikan agensi penguatkuasaan sentiasa membuat pemantauan harga selain rakyat juga perlu membantu melaporkan sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya.

Kelmarin kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan berikutan pelaksanaan PSP.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember depan. – Sinar Harian

Tags: Harga BarangPSPRON95subsidi petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Subsidi Bersasar Petrol Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-mata – Armizan

Subsidi Bersasar Petrol Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-mata – Armizan

21/09/2025
0

PENAMPANG: Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan bukan bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata, kata...

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter – MOF

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter – MOF

17/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd