• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai: Bekas ADUN BN Calon PH?

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mencuri tumpuan apabila desas-desus memperkatakan PH bakal mengangkat calon yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) sebagai calon pada 16 November depan.

Desas-desus mengenai bekas ADUN Kukup, Suhaimi Salleh bermula sejak semalam dan pemilihan nama Suhaimi diperkuatkan lagi apabila beliau turut dikaitkan dengan ‘orang kuat’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu adik kepada Ketua Bersatu Cawangan Pekan Nanas Timur, Darwis Salleh.

Suhaimi bagaimanapun ketika dihubungi memaklumkan tidak mengetahui tentang khabar angin yang mengaitkan namanya sebagai calon PH bagi PRK Tanjung Piai.

“Saya tidak tahu apa-apa pasal khabar angin yang tular ini. Saya juga tidak pernah dimaklumkan apa-apa berkenaan calon,” katanya kepada Sinar Harian.

Kenyataan dari kumpulan dalam laman sosial Facebook itu menjelaskan bahawa bekas ADUN Kukup itu yang mewakili BN pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu kini menjadi ahli Bersatu selepas PRU14, namun tiada sebarang kesahihan.

Kenyataan itu juga seolah-olah menyokong Suhaimi sebagai calon sekiranya benar beliau telah menyertai PH kerana menyifatkan bekas ADUN itu menjalankan tugas dengan baik sebagai wakil rakyat sebelum ini.

Suhaimi pernah menjadi ADUN Kukup yang terletak dalam Parlimen Tanjung Piai selama sepenggal (2013-2018) selepas menewaskan calon PAS, Ghazaley Ayub dengan majoriti 6,946 undi pada PRU13.

Pada pemilihan UMNO Bahagian Tanjung Piai Jun lepas, Suhaimi pada waktu itu Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai telah bertanding bagi jawatan ketua UMNO bahagian, namun tewas kepada Datuk Jefridin Atan. – Sinar Harian

Tags: Adun BNpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saarani Dedah Cubaan PN ‘Curi’ 4 ADUN BN

Saarani Dedah Cubaan PN ‘Curi’ 4 ADUN BN

27/11/2022
0

LENGGONG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, mendedahkan beliau terpaksa bersegera membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) selepas...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd