• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Mungkin Panggil Najib Beri Keterangan Kes Kor Ming

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak antara individu yang berkemungkinan akan dipanggil polis berhubung siasatan kes hina Sultan Selangor oleh sebuah akaun Facebook bernama Nga Kor Ming Super Fans Page yang tular 30 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed bagaimanapun tanpa merujuk secara langsung kepada bekas perdana Menteri itu, menjelaskan pihaknya akan memanggil sesiapa sahaja untuk dirakam keterangan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Najib akan dipanggil mengambil keterangan selepas Pengerusi DAP Perak mendakwa ia adalah fitnah yang disebarkan oleh oleh bekas Presiden UMNO itu menerusi Najib Razak Page dan menggesa siasatan polis.

“Kita terima satu laporan polis terhadap Najib Razak Page (akaun Facebook) daripada orang awam. Kita akan siasat laporan polis yang kita terima itu.

“Jika perlu sesiapa sahaja kita akan panggil. Sekiranya perlu (termasuk Najib),” katanya pada sidang media harian di Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, Huzir juga mengesahkan dalam kes saman Kor Ming yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang telah hadir untuk memberi keterangan dalam kes itu akan dipanggil semula.

“Katanya dia (Kor Ming) akan dipanggil dalam masa terdekat ini,” kata Huzir tanpa menjelaskan spesifik tarikh dan waktunya apabila ditanya pemberita.

Semalam, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan hadir ke Bukit Aman 1.30 petang dan diambil keterangan sebelum meninggalkan premis itu pukul 3 petang berhubung siasatan akaun Facebook mengaitkan penyokong nama beliau dihasut untuk membantah Sultan Selangor berikutan arahan baginda dalam penukaran papan tanda tulisan Jawi di Shah Alam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Himpunan Maruah Melayu di Stadium Melawati Shah Alam pada 6 Oktober lalu, Huzir mengesahkan satu laporan polis diterima berhubung Maruah Melayu ke atas Prof. Universiti Perguruan Sultan Idris, Dr. Zainal Kling berhubung ucapannya.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505b Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2008,” katanya tapi enggan mengulas lanjut.

Tags: hina sultan selangorNajib Tun RazakNga Kor Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd