• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Masa 3 Jam Rekod Keterangan Nurul Amal

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah merekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi yang mendakwa lelaki mengamuk yang ditembak mati di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang minggu lalu sebagai syahid.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan Nurul Amal direkod pada jam 11.30 pagi di pejabat D5 Bukit Aman semalam.

“Proses merekod keterangannya mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Siasatan masih dijalankan sama ada kita akan panggil beliau semula atau tidak itu bergantung kepada siasatan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian jam 4.45 petang 23 September lalu lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di kilang terbabit mengamuk sebelum menetak penyelia wanita dan pengurus keselamatan menggunakan parang.

Penyelia wanita berusia 47 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana parah di beberapa bahagian badan terutama di kepala manakala lelaki yang juga pengurus keselamatan berusia 53 tahun cedera, tetapi berada dalam keadaan stabil.

Suspek maut ditembak selepas dia cuba menyerang anggota polis dengan parang.

Jumaat lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut dilaporkan memberi amaran polis akan menahan mereka yang menularkan komen berbaur perkauman dan agama berdasarkan sesuatu kes jenayah berikutan kes amuk itu.

Abdul Hamid turut menyelar tindakan individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung kejadian polis menembak mati seorang lelaki yang menetak dua rakan sekerjanya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Walaupun tidak menamakan individu terbabit beliau dipercayai merujuk kepada seorang pemimpin sebuah pertubuhan politik yang dilaporkan dalam satu ceramah menyifatkan kematian lelaki itu sebagai syahid.

Tags: kes amuknaib ketua puteri umnonurul amal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Bertanggungjawab Keluar Fatwa Mensyahidkan Orang – KPN

27/09/2019
0

ARAU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyelar tindakan individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung kejadian...

Polis Jejaki 3 Individu Sebar Kenyataan Tidak Benar

26/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengenalpasti tiga individu yang bertanggungjawab menularkan kenyataan tidak benar berhubung kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd