• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘PM Tepi’ Jadi Sebutan Di Parlimen

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIDANG Dewan Rakyat, hari ini, dimaklumkan ada lima jenis ‘PM’ atau Perdana Menteri di Malaysia ketika ini yang dikongsi beberapa Ahli Parlimen sama ada kerajaan dan pembangkang.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang bangun ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undan (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2020 oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) memaklumkan ada tiga jenis PM di negara ini.

Annuar memaklumkan tiga jenis PM di negara ini iaitu ‘PM in power’, ‘PM in waiting’ dan ‘PM in charge’.

“Ini topik serius dibangkitkan Kota Bharu (Takiyuddin). Situasi aneh berlaku dalam negara ketika ini adalah kerana kita ada tiga jenis Perdana Menteri.

“Pertama PM in power…kedua PM in waiting…yang ini tiada di negara lain dan ketika PM in charge yang ini main (berada) di belakang tabir.

“Saya ingin bertanya kepada Kota Bharu, adakah ini sebabnya berlaku ketidakstabilan jawatan Perdana Menteri ketika ini,” katanya.

Sejurus selepas itu, Takiyuddin memaklumkan sebenarnya ada empat jenis PM yang mana satu lagi adalah ‘PM tepi’.

“Sebenarnya ada empat Ketereh, satu lagi PM tepi,” katanya.

Selain itu, Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) turut bangun mencelah dan maklumkan ada satu lagi (PM) iaitu PM online.

Terdahulu, Takiyuddin dalam perbahasannya memaklumkan kedudukan Perdana Menteri sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing.

“Ia seolah-olah ada usaha dibuat pihak tertentu untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri.

“Ini adalah perkara serius kerana akar umbi sering bertanya kepada saya apa nak jadi kepada negara ini khususnya kepada kerajaan baharu yang mengambil alih pentadbiran negara,” katanya.

Katanya, sebagai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, beliau berpandangan kedudukan Perdana Menteri dalam sebuah negara penting demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. – myMetro Online

Tags: Dewan RakyatParlimenPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gaji Pekerja Bawahan Di Malaysia Terlalu Rendah

Next Post

Rakyat Tidak Mampu Beli Rumah, Dedah Bank Negara

Related Posts

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Next Post

Rakyat Tidak Mampu Beli Rumah, Dedah Bank Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd