• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Peruntukan Dah Lama Lulus, Arwah Pun Tahu” – Syed Saddiq

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mempertahankan tindakan beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM4 juta untuk menaik taraf infrastruktur sukan di Tanjung Piai.

Tegas beliau, meskipun hanya baru-baru ini diumumkan, Syed Saddiq menegaskan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Dr. Md Farid Md Rafik tahu berkenaan peruntukan itu.

“Perkara ini diluluskan lama dah, bukan baru, diluluskan atas permohonan arwah dan perkara ini dah lama dibincangkan.

“Kalau saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam infra sukan tak boleh meluluskan permohonan yang dah dibincangkan lama apabila arwah masih hidup, jadi saya tak tahu apa lagi saya boleh buat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tiga hari lepas, Ahli Parlimen Muar itu mengumumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai.

Memetik laporan portal tempatan, Syed Saddiq dilaporkan berkata jumlah itu sebahagian daripada peruntukan RM14.6 juta yang dimohon Allahyarham.

Dalam pada itu ketika ditanya mengapakah peruntukan itu hanya diumumkan sekarang, beliau menegaskan kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan media.

“Sebab media tidak pernah tanya saya dulu dan sekarang media tanya apa pembangunan sukan ada di sini (Tanjung Piai).

“Saya tidak pergi ke pentas dan umum ini peruntukan baru diluluskan, tidak. Media tanya saya apa pembangunan sukan ada di sini maka saya jawablah,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan peruntukan yang diberikan kepada kawasan Tanjung Piai baru-baru ini bukan untuk memancing undi.

Menurutnya, kerajaan hanya menjalankan tugas seperti biasa dan peruntukan diumumkan itu secara kebetulan hampir dengan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. – Sinar Harian

Tags: peruntukan kerajaanPRK Tanjung PiaiSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd