• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi LV Antara 4 Tokoh Dalam Lembaga Penasihat 1MDB

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat tokoh terkenal di peringkat antarabangsa termasuk Pengerusi dan Ketua Eksekutif LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE, Bernard Arnault telah dicadangkan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low untuk menganggotai Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa selain Arnault, tokoh lain yang dinamakan Jho Low ialah Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani (Perdana Menteri Qatar ketika itu), Pengerusi CITIC Group of China, Chang Zhenming dan CEO Mubadala Khaldoon Al Mubarak.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-20 perbicaraan kes bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Semua nama ini dicadangkan oleh Jho Low?

Shahrol Azral: Ya.

Muhammad Shafee: Semua empat nama penasihat antarabangsa dalam BOA. Tidak ada seorang pun daripada mereka menghadiri mesyuarat?

Shahrol Azral: Ya.

Saksi itu menjelaskan bahawa agak sukar untuk mendapatkan mereka semua bertemu di satu tempat.

Shahrol Azral, 49, berkata, surat pelantikan kepada BOA telah dihantar kepada tokoh-tokoh ini termasuk Arnault yang beliau sendiri temui di Paris untuk menyampaikan surat pelantikan.

Beliau berkata, Arnault secara lisan menerima pelantikannya manakala Zhenming menjawab dengan surat penerimaan.

Semasa Muhammad Shafee bertanya mengenai rasionalnya di sebalik pelantikan tokoh-tokoh tersebut seperti Arnault, yang terkenal dalam perniagaan fesyen, Shahrol Azral berkata, beliau merupakan antara ahli perniagaan terbaik dunia ketika itu.

“Bernard Arnault merupakan antara ahli perniagaan utama dunia. Saya rasa itu cukup untuk menjadi alasan. Saya ingat beliau antara lima orang terkaya,” katanya.

Najib, 66, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah bersambung dengan Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pendakwaan.

Tags: 1MDBBernard ArnaultJho Lowlouis vuitton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd