Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tam Spider Akui Kekok...

DOA vokalis kumpulan Spider iaitu Tam untuk memiliki anak perempuan akhirnya dikabulkan oleh...

Hilang Buah Zakar Akibat...

KALININGRAD, Rusia - Seorang lelaki kehilangan buah zakar akibat ditendang bekas isterinya gara-gara...

Emma Maembong ‘Punca’ Mawar,...

DIAM tak diam, rupa-rupanya pelakon Emma Maembong yang bertanggungjawab menyatukan pasangan Mawar Rashid...

MBJB Nafi Keluarkan Borang...

JOHOR BAHRU - Borang pendaftaran vaksin 'vaksin Pfizer, Kuota TMJ' adalah palsu dan...

Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, menerusi Insentif Kesuburan itu, rakyat akan menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000.

Menurutnya, pelepasan itu diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius merangkumi kos rawatan kesuburan.

“Hari ini kadar kesuburan di Malaysia telah menurun dengan ketara daripada 4.9 bayi pada tahun 70-an kepada 1.9 bayi bagi setiap wanita iaitu di bawah paras penggantian.

“Oleh itu, bagi membantu pasangan mendapatkan rawatan kesuburan, KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti IVF,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Kategori