• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal, Penjaga Stor Didakwa Miliki Item Pengganas LTTE

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Pengawal keselamatan dan penjaga stor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada Oktober lalu.

Bagi pertuduhan pertama di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus, M Pumugan, 29, didakwa memiliki item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE dalam sebuah telefon bimbit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di perkarangan parkir hadapan sebuah pejabat di Lorong Industri Ringan Permatang Tinggi 4, dalam Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), pada jam 3.16 petang pada 12 Oktober lalu.

Dia turut didakwa memiliki item berunsurkan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE, di dalam sebuah rumah di Jalan Juru Bukit Mertajam pada jam 4.15 petang pada hari sama.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, S Thanagaraj, 26, dituduh memiliki item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE dalam sebuah telefon bimbit yang mana perbuatan itu dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, pada jam 10 pagi, 12 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, penjaga stor itu pada hari sama didakwa memiliki item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE di sebuah rumah di Taman Sejahtera, pada jam 11 pagi.

Pertuduhan terhadap Thanagaraj dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Noor Aini Yusof berikutan tertuduh tidak faham Bahasa Melayu.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Dr. N Ahilan.

Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaraya berikutan tahanan di bawah SOSMA tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagaimanapun, Ahilan daripada Biro Bantuan Guaman MIC merayu kepada mahkamah supaya membenarkan ikat jamin ke atas kedua-dua anak guamnya atas alasan tiada rujukan SOSMA dalam pertuduhan mereka.

Katanya, tertuduh pertama perlu diberi jaminan atas alasan lelaki itu menghidap sawan dan memerlukan penjagaan rapi manakala Thanagaraj pula memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis ketika proses siasatan.

Mahkamah menolak permohonan jaminan pihak pembelaan dan menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan forensik dan serahan dokumen.

Tags: LTTEpengganasPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd