• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Desak DAP Diharamkan, Agenda Semakin Bahaya

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Pusat hari ini mendesak agar DAP diharamkan, atas alasan, agenda parti itu semakin membahayakan negara.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat tiga bukti kukuh yang secara terang-terangan menunjukkan perbuatan pemimpin mereka bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.

“Pertama, saya telah mengemukakan bukti ucapan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan pada 14 September di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor.

“Saya telah mendesak pihak polis menyiasat ucapannya (yang berbunyi) ‘The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beberapa pemimpin terbukti terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

“Ketua Polis Negara juga telah mengakui bahawa penahanan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan LTTE adalah berdasarkan bukti kukuh dan hasil risikan PDRM.

“Hal ini menunjukkan bahawa penangkapan pemimpin DAP yang dikaitkan dengan LTTE bukan satu tindakan politik tapi demi kepentingan negara,” katanya lagi.

Bukti seterusnya, menurut Tuan Ibrahim lagi, ialah perintah larangan terhadap penerbitan buku komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang ditulis oleh aktivis DAP, Hew Kuan Yau dan pengantarnya ditulis oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

“Menurut KDN, buku ini telah mempromosi idealogi Komunisme, Sosialisme, menyebarkan fakta salah, mengelirukan dan juga mempertikaikan perjuangan tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata, tiga bukti ini sekurang-kurangnya menjadi asas bahawa agenda DAP semakin bahaya kepada politik negara.

“Malah, tindakan tersebut bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.

“Maka dengan ini wajarlah DAP diharamkan,” tambahnya. – Astro Awani

Tags: DAPkomik propagandaKomunisLTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

420 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Seluruh Negara – Nadma

Next Post

Dera Amah Sampai Buta, Reman Suami Isteri Dilanjut

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Dera Amah Sampai Buta, Reman Suami Isteri Dilanjut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd