• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Ekonomi Kata Bagus Kalau Aktifkan Semula GST

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pakar ekonomi berpendapat adalah baik jika kerajaan Pakatan Harapan melakukan pusingan-U dengan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat lebih efektif berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Walau bagaimanapun, kerajaan diminta tidak melakukan pusingan tersebut secara tergesa-gesa, tetapi harus mengambil setahun hingga dua tahun untuk mengaktifkan semula GST.

Selain mengkaji punca kegagalan GST sebelum ini, kerajaan juga perlu menambah baiknya terutamanya dalam soal kesan kos sara hidup.

Pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan berkata, bantahan terhadap GST sebelum ini didorong oleh beban rakyat yang meningkat.

“Nilai ringgit jatuh dan inflasi untuk produk import berlaku pada masa itu.

“Kerajaan pada masa itu mahu menggandakan hasil cukai melalui GST dan kutipan itu berasal daripada rakyat,” katanya kepada Sinchew Daily ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan semula GST.

Tia Guan berkata, SST mempunyai ‘kecacatan semula jadi’ yang menyebabkan ketirisan tidak kira apa yang dilakukan untuk menambah baiknya.

“SST merupakan sistem cukai ‘satu lapis’ manakala GST mempunyai ‘pelbagai lapis’. Ketirisan cukai mudah berlaku dalam SST.

“Disebabkan cukai input dalam GST, peniaga pasti akan mendapat resit rasmi daripada pembekal kerana mereka mahu menuntut kredit cukai input. Keadaan ini menyebabkan ketirisan cukai berkurangan secara signifikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie bersetuju bahawa GST lebih berkesan berbanding SST.

Heng Guie bagaimanapun berpendapat kerajaan harus menetapkan kadar GST pada empat peratus jika mahu melaksana semula rejim cukai tersebut.

Katanya, ketika pelaksanaan GST sebelum ini, ia bertembung dengan gelombang inflasi dan kejatuhan nilai ringgit yang membawa kepada rungutan rakyat.

“GST dapat menyumbat ketirisan,  menambah hasil kerajaan, menyelesaikan masalah hutang negara dan merancakkan projek pembangunan.

“Jika ditambahkan dengan usaha kerajaan dalam membanteras rasuah dan pelaksanaan perbelanjaan yang berhemah, ia dapat menambah baik keadaan perbendaharaan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: cukai GSTcukai SSTpakar ekonomi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GST Lebih Baik Daripada SST – Najib

Next Post

Perlembagaan Persekutuan Halang PH Tunai Manifesto

Related Posts

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

02/03/2024
0

MELAKA - Peniaga negeri ini termasuk peniaga bazar Ramadan diberi amaran untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati...

Cukai GST Naik Lapan Peratus Tahun Depan

19/02/2022
0

SINGAPURA : Kerajaan akan menanguhkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 2023. Lapor berita.mediacorp, Menteri Kewangan, Lawrence Wong dalam...

Next Post

Perlembagaan Persekutuan Halang PH Tunai Manifesto

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd