• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Ambang Kondominium Pemilikan Asing Diturunkan

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600 ribu pada tahun 2020 untuk pemilikan asing.

Ia bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual yang dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent To Own – RTO).

Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion. Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.

Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli.

Manakala bagi membantu belia untuk memiliki rumah pertama, kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Skim ini juga menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama terhad kepada 10,000 unit rumah.

Kerajaan akan menambah baik layanan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) tersebut dengan menetapkan nilai pasaran pada 1 Januari 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang diperolehi sebelum 1 Januari 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini.

Penambahbaikan itu sebagai respon kepada pandangan rakyat berhubung CKHT yang dikenakan ke atas pelupusan harta tanah oleh individu warga negara dan pemastautin tetap selepas tempoh lima tahun.

Tags: belanjawan 2020KondominiumPangsapuripemilikan asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RTS Antara Johor Bahru Dan Singapura Diteruskan

Next Post

RM299 Juta Peruntukan Program Sukan Untuk Semua

Related Posts

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

29/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bandar Kajang, pagi tadi. Ketua Polis...

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemukan Di Pangsapuri

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemukan Di Pangsapuri

06/02/2023
0

KUALA TERENGGANU : Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu yang masih bertali pusat ditemukan di hadapan sebuah rumah di tingkat...

Next Post

RM299 Juta Peruntukan Program Sukan Untuk Semua

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd