• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nga Kor Ming Dipanggil Ke Bukit Aman Esok

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan dipanggil ke Bukit Aman esok untuk direkod keterangan berhubung siasatan terhadap pemilik akaun Facebook, Nga Kor Ming Super Fans Page kerana memuat naik kenyataan berbaur menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

“Kes ini masih dalam siasatan dan tindakan lanjut akan dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.

“Kita akan panggil Nga Kor Ming esok ke Bukit Aman untuk proses merakam percakapan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Simposium Sains Forensik Untuk Agensi Penguatkuasa di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Terdahulu, PDRM mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook terbabit.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ini memaklumkan satu laporan bersama bukti akan diserahkan kepada polis selepas mendakwa wujud konspirasi politik jahat yang cuba mencemar nama baiknya dan DAP.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi perkongsian di Facebook menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap Kor Ming kerana mengajak orang Cina yang tidak berpuas hati membuat bantahan terhadap Sultan Selangor.

Bagaimanapun, Kor Ming menerusi satu kenyataan menafikan beliau dan DAP terlibat dalam membuat hantaran menghasut itu dan mendakwa akaun berkenaan adalah palsu.

Tags: hina sultan selangorNga Kor MingSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

08/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit...

Seolah-olah Isyarat Kemurkaan Yang Sangat Jelas – Firdaus Wong

Seolah-olah Isyarat Kemurkaan Yang Sangat Jelas – Firdaus Wong

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Pertama kali dalam hidup saya melihat Sultan atau Raja membuat kenyataan seperti ini dengan poster sebegini" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd