• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazir Akan Temui SPRM Selesai Isu Dana 1MDB

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, beliau akan bertemu dengan pihak Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelesaikan isu berhubung dakwaan wang dari 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dipindahkan ke akaun miliknya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nazir mengakui bahawa beliau adalah seorang yang sering lantang dalam mengkritik 1MDB dan idea bahawa ada dana yang mengalir ke akaunnya mungkin berpunca daripada 1MDB, baginya adalah sesuatu yang “amat menganggu jiwa”.

“Saya berhasrat untuk bertemu dengan SPRM bagi menyelesaikan perkara ini. Saya amat menghormati tugas-tugas yang dilaksanakan mereka bagi mengembalikan dana 1MDB, dan akan membantu mereka sebaik mungkin,” katanya.

Semalam media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1MDB, dengan Nazir didakwa menerima jumlah tertinggi, menjangkau RM25.7 juta.

Nazir, adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau sebelum ini pernah mengesahkan bahawa abangnya itu memindahkan RM25.7 juta ke satu akaun di bawah namanya (Nazir) pada 2013.

Beliau berkata dana itu kemudiannya diagihkan secara tunai sepenuhnya kepada wakil Najib, bagi apa yang difahamkan beliau sebagai untuk tujuan kempen pilihan raya.

“Tidak ada satu sen pun ditinggalkan, atau digunakan oleh saya,” kata Nazir dan menambah, beliau berbuat demikian dengan niat baik bagi mematuhi permintaan abangnya untuk membantu dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

“Ketika itu saya dimaklumkan bahawa dana itu berasal dari pengumpulan dana politik yang sah, dan tidak ada sebab untuk saya untuk beranggapan sebaliknya,” katanya.

Nazir berkata apabila dakwaan mengenai hubungan antara 1MDB dan pemindahan dana Najib ditimbulkan media pada April 2016, beliau mengambil cuti secara sukarela dari jawatannya di CIMB bagi membolehkan Lembaga Kumpulan CIMB dan CIMB Bank menjalankan siasatan penuh mengenai apa yang berlaku.

“Mereka berbuat demikian dengan bantuan firma perakaunan serta firma guaman. Saya didapati ‘bersih’, dan dipelawa kembali ke lembaga,” katanya.

Tags: 1MDBNazir RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd