Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Pasaran Tepat Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah antara 'tujuh pasaran membangun yang berbaloi atau tepat...

Kem Cerdik Cukai Tingkat...

Kem Cerdik Cukai yang mula diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)...

Raja Azura, Salih Yaakob...

BARU-BARU ini industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Salih Yaakob dan Raja Azura di pentas...

108 Tahun Penjara, Cabul...

ISTANBUL - Seorang penjenayah pedofilia dijatuhi hukuman 108 tahun penjara oleh sebuah mahkamah...

Nasi Lemak Punca 197 Peserta KMM Keracunan Makanan

SHAH ALAM – Nasi lemak yang disediakan oleh pihak katerer disyaki menjadi punca 197 peserta Kongres Maruah Melayu yang kebanyakkan pelajar universiti mengalami keracunan makanan semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati nasi lemak bungkus itu telah dibekalkan kepada peserta sebelum menaiki bas ke lokasi penganjuran pukul 7 pagi.

Katanya, mereka dikenalpasti mengalami keracuanan makanan dengan gejala utama adalah sakit perut dan muntah dengan kes diterima bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

“Kesemua peserta telah mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang; Hospital Shah Alam; Hospital Sungai Buloh; Hospital Selayang; Hospital Serdang dan KPJ Selangor.

“Seramai 21 peserta telah dimasukan dalam wad masing-masing 20 di HTAR dan seorang di Hospital Serdang. Manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kongres Maruah Melayu telah dihadiri lebih kurang 20,000 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Awam (UA) meliputi Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia dan orang awam.


Menurut Khalid, sebanyak lima sampel makanan nasi lemak berada di lokasi kejadian telah diambil bagi tujuan dianalisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh selain sampel klinikal kes oleh pihak hospital.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan pihaknya sedang mendapatkan maklumat daripada urusetia program berkenaan pembekal katerer nasi lemak itu.

“Ini berikutan urusetia telah mengagihkan katerer dan semakan sedang dilakukan bagi mengetahui pelajar UA yang paling terkesan akibat keracunan makanan itu,” katanya.

Semalam seramai 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini mengalami keracunan makanan selepas memakan makanan dipercayai disediakan pihak penganjur.

Kategori