• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kewangan Tidak Semestinya Melayu – Anwar

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarat pelantikan Menteri Kewangan tidak semestinya wajib daripada pemimpin kaum Melayu, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menegaskan ciri-ciri penting diambil kira untuk melantik Menteri Kewangan mestilah bercirikan seorang pemimpin berkelayakan dan profesional yang berkualiti.

Selain itu, Anwar menegaskan pemimpin dilantik jawatan penting kerajaan itu juga mesti merupakan seorang yang prihatin terhadap kepentingan kaum Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini.

“Pemilihan jawatan Menteri Kewangan mesti bercirikan seorang berkelayakan, profesional berkualiti dan prihatin bukan sahaja terhadap kepentingan Melayu bahkan kepentingan kaum-kaum lain negara ini,” katanya kepada media sewaktu ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang menegaskan jawatan penting kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar termasuk Menteri Kewangan mesti dilantik dalam kalangan kaum Melayu sewaktu menyampaikan ucapan resolusi di Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati semalam.

Dalam perkembangan lain, Anwar menegaskan kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan sokongan rakyat pada masa hadapan.

Berdasarkan kajian dibuat Merdeka Centre yang menunjukkan peratus sokongan rakyat terhadap kerajaan semakin merudum, Anwar berkata, kerajaan perlu mengambil pertimbangan hasil kajian itu secara serius.

Berdasarkan statistik Merdeka Center, kata sumber, setakat Ogos populariti Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan pengundi Cina dan India jatuh ke-41 peratus manakala 30 peratus pengundi Melayu masih menyokong gabungan itu.

Tags: Anwar IbrahimbumiputeraMelayumenteri kewangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd